Bagaimana kami dapat membantu anda
Tenants Victoria menawarkan penerangan dan nasihat untuk membantu para penyewa menyelesaikan masalah penyewaan. Perkhidmatan kami percuma dan sulit.
Tenants Victoria boleh:
- Memberi nasihat tentang masalah tertentu seperti membaiki rumah dan kenaikan sewa
- Berunding bagi pihak anda dengan pemilik atau ejen hartanah
- Membantu atau mewakili anda di Victorian Civil and Administrative Tribunal (VCAT), dalam perselisihan penyewa dengan pemilik
- Memberi nasihat dan sokongan jika anda sukar membayar sewa, bil atau hutang lain
- Menghubungkan anda dengan khidmat sokongan yang lain
Bantuan yang dapat kami tawarkan bergantung pada:
- Jenis masalah penyewaan
- Berapa banyak wang yang ada pada anda