Skip to main content
Published: June 2023

Bahasa Melayu (Malay)

Tenants Victoria adalah khidmat percuma dan sulit untuk para penyewa. Halaman ini menerangkan bagaimana kami membantu anda dan bagaimana memberitahu kami masalah sewa anda.

Bagaimana kami dapat membantu anda

Tenants Victoria menawarkan penerangan dan nasihat untuk membantu para penyewa menyelesaikan masalah penyewaan. Perkhidmatan kami percuma dan sulit.

Tenants Victoria boleh:

  • Memberi nasihat tentang masalah tertentu seperti membaiki rumah dan kenaikan sewa
  • Berunding bagi pihak anda dengan pemilik atau ejen hartanah
  • Membantu atau mewakili anda di Victorian Civil and Administrative Tribunal (VCAT), dalam perselisihan penyewa dengan pemilik
  • Memberi nasihat dan sokongan jika anda sukar membayar sewa, bil atau hutang lain
  • Menghubungkan anda dengan khidmat sokongan yang lain

Bantuan yang dapat kami tawarkan bergantung pada:

  • Jenis masalah penyewaan
  • Berapa banyak wang yang ada pada anda

Bagaimana cara memberitahu kami tentang masalah penyewaan anda

Jika menyewa rumah melalui pemilik atau ejen hartanah, telefon kami (03) 9416 2577.

Anggaran jangka masa menunggu melebihi 40 minit disebabkan permintaan yang tinggi.

Jika menyewa rumah daripada kerajaan atau badan komuniti, telefon kami 1800 068 860. Talian dibuka hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 4.00 petang.

Jika tinggal di rooming house (rumah sewa bilik), telefon kami 1800 068 860. Talian dibuka hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 4.00 petang.

Bolehkah saya bercakap dalam bahasa saya sendiri?

Ya, jika ingin menggunakan bahasa anda sendiri, kami akan dapatkan jurubahasa untuk membantu.

Kami akan menelefon anda semula apabila jurubahasa sudah bersedia.

Kami hanya menggunakan jurubahasa bertauliah National Accreditation Authority for Translators and Interpreters (NAATI).

Bolehkah orang lain menelefon bagi pihak saya?

Ya. Pekerja atau pegawai penyokong yang anda percayai boleh menelefon kami. Sebaik-baiknya, duduklah bersama pekerja atau pegawai penyokong tersebut semasa panggilan telefon.

Apakah yang terjadi apabila anda menghubungi saya

Kami akan bertanya anda beberapa soalan. Soalan-soalan itu untuk kami membuat keputusan apakah jenis bantuan yang dapat kami berikan anda.

Semua yang anda beritahu kami dirahsiakan. Apa yang anda katakan tidak akan diberitahu kepada sesiapa pun, kecuali anda mengizinkan.

Jika tidak dapat membantu anda, kami boleh memberi anda butir-butir kontak orang yang dapat membantu. Mereka itu mungkin pusat guaman komuniti, atau badan khidmat komuniti.

Penerangan lanjut tentang hak-hak penyewa

Di laman web kami ada penerangan tentang berbagai-bagai topik penyewaan dalam Bahasa Inggeris.

Was this page helpful?
[likebtn theme="youtube" show_like_label="0" tooltip_enabled="0" white_label="1"]

Cookies and Privacy: This site uses cookies to ensure you get the best experience on our website.

Find out more Accept